Nation
963

DPKM 2.0 garis 3 matlamat, 13 strategi dibentuk

Kuala Lumpur – Kerajaan beriltizam untuk meningkatkan dan mengekalkan kesejahteraan pemakanan masyarakat menerusi tiga matlamat terkandung dalam Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia 2.0 (DPKM) yang dilancarkan hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiga matlamat itu meliputi usaha untuk meningkatkan status pemakanan, mengurangkan prevalen penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan serta memperkukuhkan sekuriti makanan dan pemakanan.

Selain itu, beliau berkata 13 strategi bersifat menyeluruh telah dibentuk bagi mencapai matlamat dasar berkenaan.

“Seiring dengan dasar yang digubal, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan pada masa yang sama turut menyemak semula Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) 2016-2025 yang menyokong strategi-strategi dalam DPKM.

“Selain itu, isu-isu pemakanan utama negara seperti sekuriti makanan dan pemakanan juga telah diintegrasikan dalam Dasar Agromakanan (DAN) 2.0,” katanya ketika melancarkan DPKM 2.0 secara maya hari ini yang turut disertai Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu