Nation
188
0

Dr Adham puji petugas barisan hadapan urus Covid-19

Johor Bahru – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memuji khidmat tanpa kenal erti lelah yang disumbang petugas barisan hadapan khususnya petugas kesihatan yang sedang berdepan secara langsung dengan pandemik Coviid-19.

Menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Adham berkata beliau secara peribadi melihat petugas kesihatan sangat komited dan memberikan khidmat kepada rakyat dengan penuh kasih sayang.

“Mereka juga pantas dan terlatih untuk membuat kerja yang terbaik. Terima kasih saya ucapkan. Pengorbanan anda semua amat besar sekali buat negara ini,” katanya catatan yang menyusul selepas beliau mengadakan lawatan ke Pusat Kesihatan Daerah Kulai, hari ini.

Beliau meluangkan masa lebih sejam bagi melihat sendiri tahap kesiapsiagaan operasi petugas barisan hadapan KKM yang berkhidmat di pusat kesihatan berkenaan.

Selain petugas KKM, operasi di pusat kesihatan itu turut dibantu pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi kerajaan lain yang terlibat dalam mengawal pandemik Coviid-19 dalam negara.— Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu