Nation
784
0

Dr Noor Hisham nafi letak jawatan

Kuala Lumpur – Tidak dinafikan usaha pihak berwajib dalam menangani pandemik Covid-19 berdepan pelbagai cabaran termasuk lambakan berita palsu.

Terbaharu, wujud khabar angin mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhasrat untuk melepaskan jawatannya.

Dakwaan itu lantas ditepis Dr Noor Hisham yang mengesahkan ia adalah berita palsu.

“Ini adalah satu lagi berita palsu dan mengelirukan orang awam,” katanya di Twitter.

Terdahulu, Dr Noor Hisham memuat naik tangkap layar sebuah berita palsu yang mendakwa dirinya ingin melepaskan jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.

Sebelum ini, pelbagai berita palsu mengenai Covid-19 dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sering ditularkan di media sosial.

Susulan itu, KKM menasihati orang ramai agar berwaspada dan tidak tertipu dengan maklumat palsu. – The Malay Mail

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu