Social
82

Dua kru kapal melecur

Seremban – Dua kru kapal MV Rapallo warga Romania melecur akibat terkena minyak bahan api semasa menjalankan tugas di bilik enjin kapal pengangkut yang bersauh di Terminal Jimah Energy Ventures (JEV), Port Dickson, dekat sini, malam tadi.

Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.05 malam.

“Kapal MV Rapallo itu berada di Terminal JEV bagi tujuan pemunggahan kargo dan berlabuh sauh setelah selesai aktiviti pemunggahan. Siasatan masih dijalankan JLM bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut dan telah dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut kenyataan itu, sepanjang proses siasatan dijalankan, pasukan penyiasat Jabatan Laut Wilayah Tengah (Port Dickson dan Pelabuhan Klang) tetap mematuhi segala prosedur operasi standard terkini dalam mengekang penularan COVID-19. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu