Nation
56

Dua pakar beri keterangan bercanggah : Peguam

Kuala Lumpur – Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa terdapat percanggahan keterangan antara dua pakar perubatan mengenai punca kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.

Peguam Amer Hamzah berkata keterangan pendakwaan berhubung punca kematian hanya berdasarkan keterangan saksi pendakwaan keenam (SP6), ahli pathologi dan pakar forensik Dr Salmah Arshad dari Hospital Serdang.

“Dalam keteranganya dan laporan bedah siasat. SP6 membuat kesimpulan bahawa punca kematian disebabkan kecederaan melecur teruk. Kesimpulan itu dipertikai oleh saksi pembelaan (SD19) Dr Rohayu Shahar, ketua Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Beliau berkata demikian dalam penghujahan di akhir kes pembelaan melibatkan perbicaraan kes bunuh, bersuhabat membunuh dan mencederakaan Zulfarhan.

Amer Hamzah berhujah Dr Rohayu menyatakan bahawa tiada kesinambungan atau hubung kait antara kecederaan melecur yang dialami oleh Zulfarhan dengan punca kematian yang ditimbulkan oleh Dr Salmah.

Peguam, yang mewakili tertuduh pertama dan kedua itu, masing-masing Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan Muhammad Azamuddin Mad Sofi, berkata Dr Rohayu menyatakan terdapat tanda-tanda jangkitan pada paru-paru si mati yang memerlukan siasatan lanjut oleh ahli patologi.

Sementara itu, Datuk Seri M. Ramachelvam, yang mewakili tertuduh keempat, Muhammad Afif Najmudin Azahat berhujah tiada keterangan bahawa terdapat ‘pre-planning’ (praperancangan) atau ‘preconcert arrangement’ (prasusunan) antara tertuduh lain dengan anak guamnya untuk mencederakan Zulfarhan.

“Maka, isu sama ada perbuatan tertuduh keempat merupakan niat bersama atau niat berbeza adalah isu utama yang harus diteliti dalam menentukan sama ada wujud niat bersama,” katanya.

Pada 31 Julai, 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 penuntut UPNM untuk membela diri atas tuduhan, bersuhabat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Lima tertuduh – Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mod Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri didakwa membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali dituduh bersuhabat membunuh.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara jam 4.45 pagi hingga jam 5.45 pagi pada 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Enam bersama 12 tertuduh itu turut didakwa menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya bagi mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba di bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara jam 2.30 pagi dan 5.30 pagi, pada 21 Mei 2017.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimun tujuh tahun dan denda.

Penghujahan di hadapan hakim Datuk Azman Abdullah disambung esok, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu