Kuala Lumpur Post

Politics

DUN Pahang & Perlis bubar hari ini

KUANTAN — Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dan Perlis dibubarkan berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy berkata beliau telah menghadap Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi  mendapatkan perkenan pembubaran DUN itu.

Dewan Undangan Negeri Perlis menjadi negeri kedua selepas DUN Pahang dibubarkan hari ini.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man memaklumkan DUN Perlis dibubarkan setelah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Tags: , , ,