Social
278

Ejek-mengejek sebelum bertengkar

Kota Bharu –  Sebuah video memaparkan seorang lelaki dibelasah beberapa individu di Kubang Kerian, tular semalam.

Dalam kejadian 5 petang, buruh berusia 30 tahun sedang berjalan dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya sebelum dihampiri kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Pasir Tumboh, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pemandu lelaki yang menaiki kenderaan itu bersama tiga wanita membunyikan hon kerana mendakwa mengenali mangsa lalu berhenti di situ.

“Kejadian dikatakan bermula apabila pemandu lelaki itu dikatakan membunyikan hon sebelum memberhentikan kenderaannya.

“Dari sini berlaku pertengkaran dan ejek-mengejek antara kedua belah pihak dan kenderaan itu juga ditendang oleh mangsa seperti dirakam video yang tular berkenaan,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.

Abdul Rahim berkata, mangsa mendakwa dipukul oleh suspek dan beberapa individu tidak dikenali termasuk seorang wanita menyebabkannya bengkak dan lebam di bahagian muka serta badan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan saksi serta mereka yang terbabit sedang dijalankan.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian kerana satu pihak lagi belum tampil membuat laporan polis.

 

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu