Social
205

Eksekutif rugi lebih RM100,000 ditipu

Seremban – Seorang eksekutif sumber manusia terpaksa berputih mata selepas kerugian RM111,906 akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan menerusi Facebook, Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata wanita berusia 27 tahun yang menetap di Taman Bukit Senawang Perdana itu mendakwa berurusan dengan individu dikenali sebagai ‘Annie’ yang memintanya membayar sesuatu barangan dan diberikan keuntungan 10 peratus daripada harga setiap barangan berkenaan.

“Wanita itu kemudian perlu berurusan dengan pengurus khidmat pelanggan bernama ‘Michell’ dan ‘Mr Tan’ daripada pengurusan kredit lalu tertarik dengan tawaran kerja sebagai ‘pembantu pemasaran’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aibee berkata wanita itu melakukan 25 transaksi pembayaran menggunakan wang akaun peribadi dan akaun bank milik bapanya ke dalam beberapa akaun bank berbeza, melibatkan keseluruhan RM111,906.17.

Beliau berkata wanita itu menyedari ditipu selepas dia gagal mendapatkan sebarang pulangan keuntungan seperti dijanjikan lalu membuat laporan polis semalam.

Katanya kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu