Social
438

Eksekutif syarikat direman 4 hari

Petra Jaya – Seorang eksekutif syarikat direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu bernilai RM5.8 juta empat tahun lalu.

Perintah reman terhadap wanita berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Zubaidah Sharkawi di Mahkamah Majistret Kuching selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wanita terbabit yang bertugas di sebuah syarikat di sini disyaki membuat tuntutan palsu kepada Kementerian Pendidikan pada 2017.

Tuntutan itu adalah bagi membekalkan makanan ke asrama sekolah di negeri ini.

Sementara itu, sumber SPRM berkata, wanita terbabit ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuching, petang semalam.

“Dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM5,828,220,” katanya. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu