Social
330

Eksperimen sosial makan di kedai bawa padah

Shah Alam – Polis Klang Selatan menahan seorang lelaki dan seorang wanita susulan tular satu kenyataan di Facebook berkenaan satu eksperimen sosial yang dilakukan iaitu masuk ke beberapa kedai dan makan di kedai makan walaupun belum mendapat suntikan dua dos vaksin COVID-19.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata pihaknya menerima aduan berkaitan satu kenyataan pemilik akaun Facebook bernama Mujaheeda Soleha, yang menceritakan tentang eksperimen sosial beliau masuk ke beberapa kedai dan gambar makan di dalam kedai bersama anak dan suami walaupun belum mendapatkan dua dos suntikan vaksin.

“Pemilik akaun juga turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedua-dua suspek berumur 35 dan 36 tahun itu ditahan polis di kawasan Bandar Putera 2, Klang dekat sini pada 5 petang semalam.

Shamsul Amar berkata kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan/Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan/Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

“Orang ramai diminta agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak COVID-19,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu