Kuala Lumpur Post

klpost-minify__1_-removebg-preview
Social

Emma Maembong, suami positif Covid-19

Kuala Lumpur – Pelakon Emma Maembong, 29, disahkan positif Covid-19.

Selain Emma, suaminya Shazli Azhar turut disahkan positif virus itu.

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail berkata, dirinya hanya mengetahui positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan yang dilakukan di rumah.

Jelas pelakon itu lagi, bayinya Shariq Gabriel berusia tiga bulan bagaimanapun negatif virus tersebut.

Emma dan Shazli bergelar suami isteri pada 20 Februari 2020.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 8 November tahun lalu. – Malay Mail

You must be logged in to post a comment.