Nation
403

Enam Ahli Parlimen tiba di Istana Negara

Kuala Lumpur – Seramai enam Ahli Parlimen telah tiba di Istana Negara di sini setakat pukul 2 petang tadi hari ini.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipercayai menjadi individu pertama yang tiba kira-kira 1.50 petang.

Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong itu disusuli Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesi menghadap itu dipercayai bertujuan bagi mendapatkan pandangan berhubung siapa yang patut menerajui kerajaan baharu, lapor Kosmo Online.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu