Social
127

Enam lelaki ditahan cuba demonstrasi di lokaliti PKPD

Tawau – Enam lelaki ditahan polis apabila cuba melakukan demonstrasi berhampiran sekatan jalan raya di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Muhibbah Raya di sini hari ini.

Kejadian pada 3.20 petang itu bermula apabila sekumpulan pemuda bermotosikal berhenti berhampiran sekatan jalan di kawasan bulatan Sekolah Kebangsaan Gabungan dan kemudian berdiri sambil memegang pelbagai plakad.

Kumpulan pemuda itu bertindak sedemikian dipercayai kerana mahu menyuarakan masalah dihadapi penduduk yang terjejas akibat PKPD dan polis yang berada di kawasan itu dapat mengawal keadaan serta menasihati mereka supaya menyuarakan pandangan melalui platform yang betul.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian itu dan mereka yang terlibat dikompaun di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

Semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 30-an itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk siasatan lanjut.

Kampung Muhibbah Raya yang dikenakan PKPD bermula 11 April hingga 24 April, kemudiannya disambung sehingga 8 Mei ini. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu