Nation
164

Fasa 1 PPN : Individu lengkap vaksinasi boleh ‘dine in’

Kuala Lumpur – Individu lengkap menerima vaksin Covid-19 di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk aktiviti ‘dine in’ bermula esok selepas kerajaan persetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemudahan lain yang akan diberikan ialah aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) terpakai di dalam daerah sama sahaja.

Beliau berkata, aktiviti tersebut termasuklah joging, senaman, taichi, berbasikal, papan selaju, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (persendirian), badminton (persendirian), golf, permotoran dan seumpamanya.

“Aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam.

“Turut dibenarkan adalah aktiviti perkelahan dan perkhemahan. Penyertaan anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah adalah dibenarkan dengan pematuhan prosedur operasi standard yang ketat,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sidang Khas MKN juga bersetuju membenarkan operasi pasar malam dan pasar minggu di negeri Fasa 1 PPN.

Negeri-negeri dalam Fasa 1 PPN buat masa ini ialah Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor selain Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu