Nation
677

Fasa 1 PPN: Kerajaan setuju buka 11 sektor ekonomi mulai esok

Putrajaya – Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini berkata, senarai aktiviti ekonomi itu ialah seperti berikut:

1. Kedai cuci kereta
2. Kedai elektrik dan elektronik
3. Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
4. Kedai perabot
5. Kedai peralatan sukan
6. Kedai aksesori kereta
7. Pusat pengedaran dan jualan kereta
8. Pasar pagi dan pasar tani sahaja
9. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
10.Kedai barang kemas
11.Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)

Beliau berkata, terdapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja).

“Ia termasuklah memakai sarung tangan, mengehadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan bilik persalinan pakaian.

“SOP-SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan,” katanya.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu