Nation
64

Felda Lembah Klau, Raub, Pahang dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Felda Lembah Klau, Mukim Gali di Raub, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 25 Okt depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di lokaliti itu.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Beliau turut memaklumkan PKPD di empat lokaliti di Perak yang bermula 29 Sept lepas dan satu di Pahang yang bermula 1 Okt lepas, akan ditamatkan esok.

Lokaliti di Perak itu membabitkan Kampung Bakok, Kampung Jambu, Kampung Lalang dan Kampung Dollah di Perkampungan Orang Asli Seri Makmur, Tanjung Rambutan, Kinta, manakala di Pahang membabitkan Kampung Bukit Serdang, Bera.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu