Nation
297

Feri bawa 312 penumpang dari Langkawi terkandas di perairan Kuala Perlis

Kuala Perlis – Seramai 312 penumpang feri dari Langkawi terkandas lebih dua jam di perairan Kuala Perlis selepas kipas feri berkenaan tersangkut tali pukat yang dipasang nelayan di perairan itu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam tadi ketika feri berkenaan berada tidak jauh dari Terminal Feri Kuala Perlis sebaik berlepas dari Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi pada pukul 8 malam tadi.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom berkata pihaknya mendapatkan bantuan bot nelayan untuk menunda feri tersebut ke Terminal Feri Kuala Perlis.

“Ketika ini kerja-kerja penundaan masih berjalan dan keadaan penumpang adalah terkawal. Konsortium juga telah memohon bantuan daripada penyelam pasukan bomba bagi memotong pukat yang tersangkut pada propeller (kipas) feri,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Baharin berkata pihaknya turut menasihatkan nelayan supaya tidak memasang pukat di laluan feri bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu