Social
437

Feri penumpang tenggelam di Langkawi

Langkawi – Sebuah feri penumpang Ekspres Bahagia III yang berlabuh di perairan Kuah di sini tenggelam semalam.

Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Mohd. Hafiz Abdul Majid berkata, feri tersebut disedari tenggelam oleh penduduk pada pukul 10 malam tadi.

Menurutnya, difahamkan feri terbabit sudah tidak beroperasi membawa penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah dan Perlis sejak enam tahun lalu.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya di sini hari ini, lapor Kosmo Online.

Mohd. Hafiz berkata, feri tersebut diperiksa tiga hari lalu dan tidak menunjukkan sebarang masalah.

Tambahnya, nilai kerugian dan punca feri itu tenggelam masih dalam siasatan.

“Pihak JLM juga telah menubuhkan pasukan penyiasat bagi mencari punca kejadian,” ujarnya.

Rakaman video selama satu minit 11 saat mengenai kejadian feri tersebut tenggelam tular di media sosial sejurus selepas kejadian.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu