Nation
153
0

Format peperiksaan SPM 2020 kekal – Lembaga Peperiksaan

Putrajaya – Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pada Isnin menegaskan format peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 kekal seperti sedia ada.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, LPM memaklumkan laporan sebuah akhbar berkaitan perubahan format peperiksaan SPM pada masa hadapan adalah tidak benar dan LPM tidak pernah membuat sebarang pengesahan berhubung perkara tersebut.

Menurut LPM, tajuk dan laporan akhbar itu berbahasa Melayu itu telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai khususnya kepada calon peperiksaan SPM 2020.

“Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran, LPM akan memaklumkan secara rasmi kepada orang ramai,” menurutnya dalam kenyataan itu di sini pada Isnin. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu