Kuala Lumpur Post

Social

Gadis 19 tahun ditahan jadi ‘bookie’ Piala Dunia

BAU — Polis menahan seorang gadis dipercayai menjadi ‘bookie’ pertaruhan keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon, berkata suspek berusia 19 tahun itu ditahan dalam OP Saga Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bau di premis kedai serbaneka Singai Tondong, Jalan Bau/Batu Kawa jam 4 petang.

“Polis merampas satu unit telefon bimbit berserta sim kad, sehelai resit bertulis angka-angka ‘Fifa World Cup 2022 Qatar, pencetak dan sejumlah wang tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana menjadi ejen perjudian bola sepak,” tegasnya, lapor BH Online.

Tags: , , ,