Social
837
0

Gadis berhijab dikecam buat cabaran TikTok tidak pakai bra

Jakarta  – Sekumpulan gadis berhijab di Jakarta dikecam netizen apabila memuat naik satu video cabaran TikTok yang memerlukan mereka tidak memakai bra, lapor Suara.com, hari ini.

Kumpulan gadis yang dilihat memakai kain batik, bertudung, berkaca mata hitam dan memakai baju hitam mengaku tidak mengenakan pakaian dalam wanita itu di status video.

Tindakan tersebut mengundang kemarahan pengguna media sosial yang terkejut dengan keberanian anak-anak muda yang terlalu taksub dengan trend semasa.

“Kalau ditegur pasti dibalas, jangan sibuk hal orang kerana dosa ditanggung masing-masing,” komen seorang pengguna media sosial.

“Apa yang boleh dibanggakan dengan perangai seperti ini. Hanya memalukan negara sahaja,” tulis seorang lagi.

Setakat ini, video yang dimuat naik di Facebook itu sudah ditonton sebanyak 5,300 orang dan dikongsikan lebih 5,000 kali. – Agensi

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu