Social
153

Gadis mati jatuh dari bumbung dikejar monyet

New Delhi – Gara-gara dikejar sekumpulan monyet, seorang wanita terbunuh selepas terjatuh dari atas bumbung dalam satu kejadian di negeri Telangana, selatan India.

Menurut laporan akhbar Daily Star, mangsa yang dikenali sebagai  G. Sirisha, 21, dikatakan sedang bermain badminton dengan rakan-rakannya di atas teres bumbung sebuah bangunan apabila diserang oleh kawanan monyet.

Dia dan rakan-rakannya kemudiannya cuba menakut-nakutkan monyet tersebut, namun malang tidak berbau apabila kumpulan monyet itu bertindak ganas kerana berasa terancam.

“Mereka mula panik dan cuba melarikan diri apabila melihat kumpulan monyet itu seakan-akan mahu menyerang,” ujar laporan tersebut.

Menurut siasatan polis, Sirisha yang merupakan  graduan Sarjana Aplikasi Komputer, mati di tempat kejadian akibat merempuh terjatuh dari bumbung.

Terdapat banyak kesan kecederaan turut ditemui pada mayat mangsa.

Kejadian serangan monyet di India bukanlah sesuatu yang baharu kerana sebelum ini banyak insiden  berlaku sehingga ada yang mengakibatkan kematian.

Terdahulu, pada November 2019, seorang bayi berusia 12 hari mati digigit oleh sekumpulan monyet ketika sedang menyusu dalam satu kejadian di Agra.

Dalam kejadian berasingan, seorang wanita berusia 58 tahun turut mati akibat kecederaan parah yang dialami selepas diserang sekumpulan monyet ketika sedang mengambil angin di luar rumahnya. – Agensi

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu