Social
210
0

Gaduh: Banduan masukkan botol budu ke dubur mangsa

Kota Baharu – Seorang banduan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memasukkan botol budu ke dalam dubur banduan lain di Penjara Pengkalan Chepa bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Nor Ashmadian Satar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perhubungan seksual ke atas seorang banduan lelaki berusia 32 tahun dengan cara memasukkan botol budu plastik ke dalam dubur tanpa kerelaan mangsa.

Perkara itu didakwa berlaku di dalam sebuah bilik di Penjara Pengkalan Chepa di sini kira-kira pukul 5 petang, 30 Disember tahun lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Faizuan Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh kini sedang menjalani hukuman penjara.

Berdasarkan fakta kes, berlaku pertengkaran antara tertuduh dengan mangsa sebelum lelaki itu bertindak memasukkan botol budu ke dalam dubur mangsa.

Tertuduh sekarang ini menjalani hukuman di Penjara Pengkalan Chepa atas pelbagai kes jenayah berkaitan dadah, samun, pukul dan menghalang tugas penjawat awam. – Utusan

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu