Social
532

Gambar tular bendera Malaysia terbalik disiasat

Batu Pahat – Polis sedang menyiasat satu gambar memaparkan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) yang dipasang secara terbalik, yang tular di media sosial, dipercayai berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata pihaknya mengesan gambar berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang semalam, dipercayai dipasang di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) DUN Penggaram, di sini.

Katanya bertindak atas maklumat yang diterima, pada pukul 3.45 petang pihaknya telah ke lokasi berkenaan dan mendapati bendera itu telah diturunkan selain bangunan itu telah ditutup.

“Kini pihak polis sedang berusaha mengesan pekerja dan penyelia PDK berkenaan untuk membantu siasatan,” kata beliau dalam satu kenyataan, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, lapor Bernama.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu