Nation
225

Gangguan bekalan air: 40,200 akaun pengguna di Terengganu terjejas

Kuala Terengganu – Sebanyak 40,200 akaun di sebahagian tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah berikutan masalah teknikal di Loji Kepong 1, Serada di sini bermula malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Atemin Sulong, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 31,500 akaun pengguna adalah di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus manakala 8,700 akaun lagi di daerah Marang.

“Antara kawasan yang terbabit ialah pusat bandar Kuala Terengganu, Ladang, Kampung Nibong, Bukit Kecil, Jalan Pusara, Gong Pak Maseh, Hiliran, Jalan Kamaruddin, Pulau Duyung, Pengadang Baru, Kampung Cina, Pulau Ketam, Wakaf Mempelam, Tanjung, Serdang, Pasir Panjang, Cerong Lanjut, Bukit Datu, Panji Alam, Batas Baru dan Gong Kijang.

“Selain itu, kawasan Bukit Besar, Jalan Air Jernih, Gong Sentul, Gong Kapas, Jalan Terkukur, Bukit Tumboh, Pulau Kambing, Batu Buruk, Banggol Pauh, Seberang Takir, Cabang Tiga, Kampung Batin, Bukit Tunggal, Jalan Sultan Omar, Ulu Takir, Kampung Duyung, Telaga Daing, Taman Semarak, Bukit Tok Beng, Batu Enam, Tok Jiring, Simpang Tokku Wakaf Mempelam, Kampung Pak Pa, Seberang Baroh dan KP Perdana turut mengalami masalah sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di Marang pula katanya, kawasan yang terbabit ialah pekan Bukit Payong, Wakaf Dua, Banggol Pak Ali, Tasek, Padang Lebam, Pusu Tiga, Telaga Mengkudu, Bukit Cherana, Kampung Tok Hakim, Macang Lada, Surau Haji Mat Zin, Rawai, Wakaf Pak Ya, Kubang Palas, Paya Resak, Hutan Banau, Binjai Rendah, Gondang, Sungai Serai, Lubuk Batu, Lubuk Pandan, Bukit Sawa dan Durian Guling.

Atemin berkata, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 5 pagi esok dan penghantaran air melalui lori tangki akan dibuat ke kawasan kritikal.

Pengguna boleh menghubungi talian Careline SATU 1-300-882-111 (8 pagi hingga 8 malam), talian aduan 09-621 4111 (8 pagi hingga 8 malam) dan 09-620 1111 (24 jam) untuk sebarang pertanyaan dan aduan.– Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu