Kuala Lumpur Post

klpost-minify__1_-removebg-preview
Nation

Gangguan bekalan air berjadual di Hulu Selangor 9-11 Ogos

KUALA LUMPUR — Sebanyak 188 kawasan di daerah Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 hingga 11 Ogos ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan menyebut, gangguan bekalan adalah berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa.

“Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor bermula jam 9 pagi, 9 Ogos 2022 dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 1 pagi, 11 Ogos 2022.

“Pengguna dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dah pastikan semua bekan simpanan air ditutup,” kata kenyataan itu.

 

Tags: ,