Nation
339
0

Gangguan seksual : Anggota polis dikeluarkan daripada penugasan SJR

Kuala Lumpur – Seorang anggota polis yang disyaki terlibat dengan dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita semasa sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Duta, di sini, dikeluarkan daripada penugasan SJR.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata anggota polis berkenaan sedang diambil tindakan lanjut.

“Tindakan awal yang diambil adalah mengeluarkan anggota polis terlibat kes ini daripada penugasan SJR dan tidak digantung tugas,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata suspek ketika ini sedang melakukan penugasan di bahagian pentadbiran sementara siasatan kes ini berjalan.

Semalam, tular di media sosial seorang wanita dalam ciapan Twitternya mendakwa dia mengalami gangguan seksual ketika melalui sekatan di Jalan Duta. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu