Nation
1K

GBKL sahkan harga 6 produk Gardenia dinaikkan

Shah Alam – Syarikat pengeluar roti ternama Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) mengesahkan harga enam produk mereka dinaikkan berkuat kuasa 1 Jun ini.

GBKL dalam kenyataan hari ini memberitahu produk Gardenia yang akan mengalami perubahan harga ialah Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread 200g; Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread 375g dan Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread 200g.

Selain itu, produk Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread 375g; Gardenia Auntie Rosie – Original Homestyle Kaya 200g dan Gardenia Auntie Rosie – Natural Pandan Kaya 200g turut mengalami perubahan harga.

Pengurusan syarikat itu memaklumkan sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, GBKL telah mengalami kenaikan kos luar biasa dari segi kos pembuatan dan kos bahan mentah yang berada di luar kawalan.

“Selama ini GBKL menyerap kos kenaikan tersebut dan kini GBKL tidak mempunyai alternatif lain kecuali untuk melaksanakan semakan semula harga produk-produk Gardenia terpilih yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jun ini,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, pengurusan GBKL menjelaskan harga bagi produk Gardenia yang lain masih dikekalkan dan GBKL akan terus menyerap kenaikan kos produk-produk tersebut.

“Antara bahan-bahan mentah yang mengalami kenaikan mendadak adalah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu serta kos pembungkusan dan lain-lain.

“Fokus GBKL adalah untuk terus mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang dan kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha digembleng terlebih dahulu,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu