Nation
1K

Gelaran Datuk Sri Sanjeevan ditarik balik

Kuantan – Kerajaan Pahang mengumumkan gelaran Datuk dikurniakan kepada Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan ditarik balik dan dibatalkan serta merta.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, berkata penarikan itu bagi menjunjung titah perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta merta.

“Darjah Kebesaran ditarik balik ialah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, berkuat kuasa pada 24 Ogos lalu.

“Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ia selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang–Bintang Negeri Pahang, lapor BH Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu