Nation
219

Gempa bumi kuat landa Kepulauan Solomon

Petaling Jaya – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 skala richer telah berlaku di Kepulauan Solomon pada 10.44 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, dilaporkan pusat gempa bumi berlaku di 8.8 darjah selatan dan 158.4 darjah timur dengan kedalaman 27 kilometer (km).

“Ia berlaku 152 km Barat Daya dari Buala, Kepulauan Solomon.

“Bagaimanapun, susulan kejadian itu tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya di sini tadi, lapor Kosmo Online.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu