Nation
552

GKP 3.0 diagih mulai Khamis ini

Putrajaya – Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 akan mula diagihkan kepada penerima secara berperingkat mulai Khamis ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, hampir sejuta penerima terdiri daripada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro akan menerima bantuan masing-masing RM1,000.

Beliau berkata, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP.

“Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai hari ini di pautanhttps://gkp.hasil.gov.my.

“Selain itu, bayaran tambahan sebanyak RM500 melibatkan peruntukan hampir RM500 juta pula akan dibayar pada Julai depan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, kerajaan menyediakan peruntukan RM1.5 bilion bagi GKP 3.0 dimana ia merangkumi PKS mikro sedia yang sudah menerima GKP 1.0 dan GKP 2.0.

Tengku Zafrul berkata, sejumlah RM5.08 bilion disalurkan kerajaan kepada hampir sejuta PKS mikro di bawah program bantuan GKP sejak Covid-19 melanda negara tahun lalu.

“Kerajaan berharap agar bantuan langsung yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan
meringankan beban mereka, terutamanya mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0 pada kali ini,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) mengumumkan bantuan RM1,000 kepada PKS mikro menerusi GKP 3.0. — Kosmo Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu