Social
647

Guru besar direman 6 hari

Seremban – Guru besar sebuah sekolah di Port Dickson direman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan membabitkan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM1,568, dua tahun lalu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 57 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Syed Farid Syed Ali selepas mendapat permohonan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Khairi Abdul Karim.

Suspek pada penghujung 2019 dikatakan memperakukan pembayaran bagi program Majlis Sukan Negara (MSN), majlis perpisahan dan majlis hari jadi di sekolah tempatnya bertugas namun dipercayai majlis berkenaan tidak dilaksanakan.

Terdahulu akhbar melaporkan suspek ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan di sini, kira-kira jam 1.30 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan penahanan suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, lapor Harian Metro.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu