Social
904

Guru besar sekolah ditahan SPRM

Shah Alam – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor menahan seorang guru besar sekolah kebangsaan kerana disyaki menggunakan kedudukannya untuk kepentingan sendiri, membabitkan salah guna wang sumbangan zakat.

Sumber SPRM memberitahu lelaki yang berusia sekitar 50an itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Klang kira-kira pukul 4.00 petang.

Penjawat awam berkenaan ketika bertugas di sebuah sekolah di Selangor dikatakan telah menggunakan kedudukannya dengan mempengaruhi pihak pengurusan Badan Kebajikan Guru-Pekerja (BKGP) sekolah berkenaan bagi mengeluarkan wang sumbangan zakat dari sebuah bank berjumlah kira-kira RM70,000 untuk bantuan anak-anak asnaf.

Bagaimanapun menurut sumber wang sumbangan zakat itu telah digunakan bagi kegunaan diri beliau sendiri.

Sumber itu berkata lelaki yang kini bertugas di sebuah sekolah lain di Selangor itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada pukul 9.00 pagi esok untuk permohonan reman.

Pengarah SPRM Negeri Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu