Social
321

Guru didakwa terima deposit haram RM284,200

Johor Bahru – Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menerima deposit haram berjumlah RM284,200, tujuh tahun lepas.

Mohd Hairul Nizam Wahab, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menerima deposit tanpa suatu lesen yang sah daripada 12 individu berbeza di sebuah premis dan sebuah sekolah di sekitar Pasir Gudang, dekat sini, antara Mei 2014 hingga Disember tahun sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu menurut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137(2) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda RM50 juta atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM48,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Chai Ing Hien manakala tertuduh diwakili peguam Fahmi Adilah. – Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu