Social
599

Guru paksa murid cium kaki

Beijing –  Seorang guru di Jiangxi di timur China dipecat kerana memaksa murid mencium kakinya.

Lebih memalukan, guru terbabit merakam aksi itu sebelum berkongsi di aplikasi WeChat.

Ternyata tindakan keji itu mengundang kecaman masyarakat setempat sehingga mendapat perhatian pengurusan sekolah.

Guru dikenali sebagai Liu itu berkata, tindakan itu adalah hukuman kepada anak muridnya.

Lelaki itu turut berkongsi tiga gambar tindakannya memaksa anak murid mencium kaki.

Guru berkenaan disifatkan sebagai seseorang yang akan mendapat kepuasan apabila memalukan orang lain.

Berdasarkan siasatan Jabatan Pendidikan Tempatan, kejadian berlaku 12 April lalu ketika guru terbabit mengajar mangsa.

Ketika diminta melakukan perbuatan itu, mangsa sempat dirakam mendakwa kaki gurunya berbau.

Polis juga sudah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan selepas ia tular di laman sosial.

Guru itu kini ditahan selama tujuh hari untuk membolehkan siasatan lanjut dibuat. – Agensi

 

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu