Nation
130

Hampir 29 juta dos vaksin Covid-19 diberikan setakat semalam

Kuala Lumpur – Sebanyak 28,837,742 dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya memaklumkan jumlah yang menerima dos pertama ialah 17,437,286 orang manakala 11,400,456 orang menerima dos kedua.

Menurut JKJAV, 53.4 peratus daripada jumlah populasi negara mendapat dos pertama manakala 34.9 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan peningkatan kepada 525,111 dos semalam berbanding 501,776 dos pada Isnin, dengan 184,972 adalah dos pertama manakala 340,139 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu