Nation
134

Hampir 69% dewasa Malaysia lengkap vaksinasi setakat semalam

Kuala Lumpur – Sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, memaklumkan sebanyak 313,751 dos vaksin COVID-19 melibatkan 132,640 dos pertama dan 181,111 dos lengkap diberikan semalam, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Sebanyak 20,677,827 individu atau 88.3 peratus populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat Isnin,” demikian menurut JKJAV.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu