Social
306

Hampir 7,000 ayam penelur rentung dalam kebakaran

Kuantan – Hampir 7,000 ekor ayam penelur rentung dalam kebakaran di pusat penternakan milik anak syarikat LKPP Gold Kist di Batu 8 Jalan Kuantan-Segamat di sini pagi ini.

Pekerja syarikat Mohd Afendi Kamarulzaman, 33, berkata kebakaran disedari pengawal keselamatan bertugas pada kira-kira 6 pagi melibatkan sebuah daripada 24 reban ayam di situ.

“Bomba yang tiba di lokasi pada 6.30 pagi berjaya menyelamatkan 3,000 ekor ayam di reban terlibat dan berjaya mengawal api daripada merebak ke reban lain,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Mohd Afendi berkata kebakaran itu difahamkan kejadian kedua seumpamanya sejak pusat penternakan itu beroperasi 20 tahun lepas, namun kebakaran sebelum ini hanya melibatkan reban kosong.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata dua jentera bersama 16 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas di sini dan Chini, Pekan dikejarkan ke tempat kejadian.

Kebakaran berjaya dikawal kurang daripada setengah jam kemudian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. — Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu