Nation
226

Hamzah perjelas isu Ahli Dewan Rakyat tidak dibenar masuk Parlimen

Kuala Lumpur – Tindakan tidak membenarkan Ahli Dewan Rakyat memasuki perkarangan Bangunan Parlimen pada 2 Ogos lepas adalah bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata ia susulan terdapat hampir 100 kes positif COVID-19 yang dilaporkan di bangunan Parlimen.

“Isu ini adalah isu kerajaan nak menjaga Ahli-Ahli Yang Berhomat supaya mereka dapat hadir pada hari ini, kerana ketika itu virus COVID-19 merebak begitu ketara di Parlimen.

“Apabila dimaklumkan kepada pihak polis, kalau boleh jangan ada orang masuk untuk kita pastikan dapat lakukan sebaik mungkin untuk buat sanitasi dalam Dewan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu RSN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan isu Ahli Parlimen tidak dibenar memasuki kawasan Parlimen pada 2 Ogos, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) pula mempersoalkan sejak bila pejabat ketua pembangkang diharamkan dari dimasuki oleh beliau selaku ketua pembangkang, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu