Nation
416

Harani Kamarudin dicari Suruhanjaya Sekuriti

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meminta bantuan orang ramai mengesan bekas perunding unit amanah, Harani Kamarudin, yang disyaki melakukan beberapa salah laku berkaitan pelaburan unit amanah.

SC dalam kenyataan hari ini berkata, pendaftaran Harani, 37, dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) juga terbatal pada 27 November 2020.

Katanya, lelaki itu sebelum ini pernah berkhidmat dengan Eastspring Investments Berhad sebagai perunding unit amanah.

“SC sedang mengesan Harani berkaitan pelanggaran undang-undang sekuriti mengikut Seksyen 354 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), yang dibaca bersama dengan Perenggan 3.3.7 (a) dan 3.1.12 (d) Kod Etika dan Peraturan FIMM Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah),” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Harani diminta melaporkan kepada SC dengan menghubungi talian 03-6204 8000 atau 012 381 2497 atau e-mel kepada aduan@seccom.com.my. — BH Online

 

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu