Nation
223

Harga petrol RON95, diesel kekal, RON97 naik 5 sen

Putrajaya – Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter bagi tempoh bermula 11 hingga 17 Mac depan.

Kementerian Kewangan berkata, harga RON97 pula naik sebanyak lima sen daripada RM2.35 kepada RM2.40 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuai bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu