Nation
190

Harga petrol RON95, diesel kekal, RON97 naik

Putrajaya – Harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh esok sehingga 16 Jun ini.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON97 naik 2 sen kepada RM2.65 seliter berbanding RM2.63 seliter sebelum ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan ini mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.

Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. — Utusan Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu