Nation
478
0

Harga petrol RON97, RON95, diesel naik

Kuala Lumpur – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik empat sen seliter, manakala diesel pula naik tiga sen seliter, bermula tengah malam ini hingga 8 Januari depan.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM1.84 seliter, RON97 (RM2.14) dan diesel (RM2.01).

Katanya, harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu