Nation
401

Harga RON95, RON97 naik

Putrajaya – Harga runcit petrol RON95 naik lima sen kepada RM2.05 seliter berbanding RM2.00 bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 3 Mac depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 juga naik lima sen daripada RM2.30 kepada RM2.35 seliter.

“Harga runcit diesel pula kekal pada paras RM2.15 seliter,” katanya.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan akan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang telah ditetapkan.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuai bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Kosmo

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu