Nation
385
0

Harga RON95, RON97 naik

Kuala Lumpur – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen pada RM1.93 seliter dan RM2.23 seliter masing-masing.
Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, harga runcit diesel yang sebelum ini RM2.07 seliter pula dinaikkan sebanyak 4 sen kepada RM2.11 seliter.
Harga minyak baharu ini berkuat kuasa 6 Februari bagi tempoh seminggu iaitu sehingga 12 Februari depan.
Kementerian tersebut berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu lagi. – Astro Awani

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu