Nation
182

Harga RON97 naik lagi, RON95, diesel kekal

Kuala Lumpur – Harga runcit petrol RON97 naik lagi dua sen kepada RM2.69 seliter berbanding RM2.67 sebelum ini bagi tempoh bermula tengah malam ini hingga 7 Julai depan.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Katanya, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel buat masa ini,” katanya hari ini

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu