Nation
198

Harga RON97 naik, RON95 & diesel kekal

Kuala Lumpur – Harga runcit petrol RON97 naik satu sen kepada RM2.70 seliter berbanding RM2.69 sebelum ini manakala harga RON95 dan diesel tidak berubah bermula tengah malam ini hingga 14 Julai depan.

Kementerian Kewangan, berkata harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 sen seliter manakala harga diesel kekal pada paras RM2.15 sen seliter.

Katanya, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kementerian itu berkata, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu