Social
151

Hina Raja Permaisuri Agong : Fahmi Reza ditahan polis

Kuala Lumpur – Polis menahan aktivis Fahmi Reza berikutan hantaran yang dibuatnya di media sosial melibatkan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan aktivis itu petang semalam.

“Dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan siasatan kes ini diserahkan kepada pihak Bukit Aman untuk menjalankan siasatan,” katanya ringkas kepada Bernama.

Baru-Baru ini, Fahmi didakwa telah memuat naik hantaran bertajuk ‘This is dengki ke?’ di laman Facebooknya yang didakwa menghina Tunku Azizah. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu