Nation
186

Hospital Ampang kini berstatus hospital rawatan pesakit Covid-19 sepenuhnya

Shah Alam – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah memutuskan untuk menukar status Hospital Ampang daripada Hybrid COVID-19 kepada hospital rawatan pesakit COVID-19 sepenuhnya (Hospital Full COVID-19) berkuat kuasa  23 Jun.

Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata keputusan berkenaan diambil berikutan peningkatan kes harian COVID-19 yang tinggi terutamanya melibatkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan di zon wilayah tengah.

“Situasi ini menyebabkan purata penggunaan katil di hospital-hospital zon wilayah tengah melebihi kadar maksimum sehingga Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0 menghadapi kesukaran untuk merujuk pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan lanjut di hospital, lapor Bernama.

“Secara keseluruhannya, kini terdapat dua hospital yang akan beroperasi sebagai Hospital Full COVID-19 di Selangor iaitu Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang,” katanya menerusi satu surat pemakluman penukaran status hospital itu bertarikh 22 Jun 2021.

Dr Sha’ari berkata susulan itu, semua rujukan pesakit bukan COVID-19 dari fasiliti lain ke Hospital Ampang perlu dihentikan sementara waktu mulai Rabu bagi memberi ruang kepada Hospital Ampang menerima pesakit COVID-19.

“Jabatan ini (JKNS) juga memohon kerjasama Hospital Ampang untuk menerima rujukan pesakit bukan COVID-19 yang sedia ada daripada Hospital Ampang agar rawatan kepada pesakit-pesakit tersebut dapat diteruskan,” katanya menerusi surat itu.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu