Nation
197

Hotel terkemuka di Langkawi ditutup sementara, 59 staf positif Covid-19

Alor Setar – Sebuah hotel terkemuka di sini menghentikan operasinya buat sementara waktu selepas 59 pekerjanya disahkan positif COVID-19.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata jumlah mereka yang positif itu dikesan susulan ujian saringan COVID-19 ke atas 249 pekerja hotel serta anggota keluarga mereka.

“Mereka yang positif ini ada yang kuarantin diri di rumah, asrama pekerja dan juga PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pihak pengurusan hotel bersetuju untuk menutup sementara operasi hotel terbabit secara sukarela demi keselamatan orang ramai, sekali gus mengekang penularan virus itu.

Dr Othman berkata hasil siasatan pihaknya mendapati penularan jangkitan yang berlaku di hotel itu berpunca daripada kalangan penduduk tempatan dan bukannya melibatkan pelancong.

Katanya penularan jangkitan itu ialah di bawah kluster tempat kerja yang dikenali Dah Teluk Nibung, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu